Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي نفسي بيدِه! إنَّ فيكم لرجلًا يقاتل الناسَ مِن بعدي على تأويلِ القرآنِ، كما قاتلتُ المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا اللهُ، فيكبُر قتلُهم على الناس؛ حتى يطعنوا على وليِّ اللهِ تعالى، ويسخَطوا عمله، كما سخِط موسى أمرَ السفينةِ والغلامِ والجدارِ، وكان ذلك كلُّه رضي الله تعالى.
Teks Bahasa Melayu
Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya! Sesungguhnya selepas kewafatanku akan ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang akan memerangi orang ramai kerana mentakwil al-Qur'an sepertimana aku memerangi golongan musyrikin kerana penurunan al-Qur'an. Mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, besarlah pembunuhan mereka terhadap orang ramai hingga mereka mencela wali Allah Ta'ala dan mereka tidak berpuas hati terhadap amalannya sepertimana Musa tidak berpuas hati berkenaan kapal, kanak-kanak dan dinding, kesemua itu Allah redai.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1347, hadis no. 6883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( موضوع) والذي نفسي بيده! إن فيكم لرجلاً يقاتل الناس من بعدي على تأويل القرآن، كما قاتلت المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا الله، فيكبر قتلهم على الناس؛ حتى يطعنوا على ولي الله تعالى، ويسخطوا عمله، كما سخط موسى أمر السفينة والغلام والجدار، وكان ذلك كله رضي الله تعالى. [فر، ((الضعيفة)) (4909)]
(Palsu) Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya! Sesungguhnya selepas kewafatanku akan ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang akan memerangi orang ramai kerana mentakwil al-Qur'an sepertimana aku memerangi golongan musyrikin kerana penurunan al-Qur'an. Mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, besarlah pembunuhan mereka terhadap orang ramai hingga mereka mencela wali Allah Ta'ala dan mereka tidak berpuas hati terhadap amalannya sepertimana Musa tidak berpuas hati berkenaan kapal, kanak-kanak dan dinding, kesemua itu Allah redai. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4909]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman