Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya selepas ketiadaanku

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! إن فيكم لرجلا يقاتل الناس من بعدي على تأويل القرآن، كما قاتلت المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا الله، فيكبر قتلهم على الناس؛ حتى يطعنوا على ولي الله – تعالى -، ويسخطوا عمله، كما سخط موسى أمر السفينة والغلام والجدار، وكان ذلك كله رضى الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya selepas ketiadaanku, akan ada seorang lelaki dalam kalangan kalian yang memerangi manusia disebabkan takwilan al-Qur’an sepertimana aku memerangi kaum Musyrikin disebabkan penurunannya. Mereka yang berperang ini bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Mereka berbangga dengan pembunuhan yang mereka lakukan terhadap manusia sehingga mereka mencela wali-wali Allah dan berasa marah terhadap amalan wali-wali tersebut sepertimana Musa marah pada peristiwa berkaitan perahu (yang dipecahkan), budak (yang dibunuh) dan tembok (yang dibaiki kembali), sedangkan setiap arahan itu diredai Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1880, hadis nombor 9473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ((والذي نفسي بيده! إن فيكم لرجلا يقاتل الناس من بعدي على تأويل القرآن، كما قاتلت المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا الله، فيكبر قتلهم على الناس؛ حتى يطعنوا على ولي الله – تعالى -، ويسخطوا عمله، كما سخط موسى أمر السفينة والغلام والجدار، وكان ذلك كله رضى الله تعالى)). [فر، ((الضعيفة)) (4909)]

(Palsu) Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya selepas ketiadaanku, akan ada seorang lelaki dalam kalangan kalian yang memerangi manusia disebabkan takwilan al-Qur’an sepertimana aku memerangi kaum Musyrikin disebabkan penurunannya. Mereka yang berperang ini bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Mereka berbangga dengan pembunuhan yang mereka lakukan terhadap manusia sehingga mereka mencela wali-wali Allah dan berasa marah terhadap amalan wali-wali tersebut sepertimana Musa marah pada peristiwa berkaitan perahu (yang dipecahkan), budak (yang dibunuh) dan tembok (yang dibaiki kembali), sedangkan setiap arahan itu diredai Allah. [Riwayat al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4909]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs