Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي نفسُ محمدٍ بيدِه! ليُبعثنَّ منكم يومَ القيامةِ إلى الجنةِ مثلَ الليلِ الأسودِ زمرةً جميعًا، يخبطونَ الأرضَ، تقولُ الملائكةُ: لما جاء مع محمدٍ أكثرَ مما جاء مع الأنبياءِ!.
Teks Bahasa Melayu
Demi jiwa Muhammad yang ditanganNya! Kelak, kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat menuju ke syurga umpama kegelapan malam yang datang bersama. Mereka berjalan di atas bumi, (dan) malaikat berkata: “Telah datang bersama Nabi Muhammad SAW dengan (jumlah) yang lebih ramai berbanding yang datang bersama dengan para nabi (yang lain)”.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-'Asy'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis no. 2795.
(ضعیف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه - ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «والذي نفسي محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمد أكثر مما جاء مع الأنبياء!». [طب، وفي «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5612)].
(Lemah) Daripada Abu Malik al-'Asy'ari RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwa Muhammad yang ditanganNya! Kelak, kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat menuju ke syurga umpama kegelapan malam yang datang bersama. Mereka berjalan di atas bumi, (dan) malaikat berkata: “Telah datang bersama Nabi Muhammad SAW dengan (jumlah) yang lebih ramai berbanding yang datang bersama dengan para nabi (yang lain)”.” [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir dan Musnad as-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5612].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman