TEKS BAHASA ARAB
والذي نفس محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمَّد أكثر مما جاءَ مع الأنبياء!
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari kiamat ke syurga seperti malam yang hitam dalam keadaan berbondong-bondong semuanya, mereka menghentak bumi dan para malaikat berkata: “Tidak datang bersama Muhammad lebih banyak dari yang didatangkan para nabi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis nombor 3519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفس محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمَّد أكثر مما جاءَ مع الأنبياء!)) [طب و في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5612)]
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari kiamat ke syurga seperti malam yang hitam dalam keadaan berbondong-bondong semuanya, mereka menghentak bumi dan para malaikat berkata: “Tidak datang bersama Muhammad lebih banyak dari yang didatangkan para nabi.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan juga Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5612]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.