Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي نفسُ محمدٍ بيدِه ! ليُبعثنَّ منكم يومَ القيامةِ إلى الجنةِ مثلَ الليلِ الأسودِ زمرةً جميعًا ، يخبطونَ الأرضَ ، تقولُ الملائكةُ : لما جاء مع محمدٍ أكثرَ مما جاء مع الأنبياءِ !.
Teks Bahasa Melayu
Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari kiamat ke syurga seperti malam yang hitam dalam keadaan berbondong-bondong semuanya, mereka menghentak bumi dan para malaikat berkata: “Tidak datang bersama Muhammad lebih banyak dari yang didatangkan para nabi.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Asy’ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis no. 3519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفس محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمَّد أكثر مما جاءَ مع الأنبياء!)) [طب و في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5612)]
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari kiamat ke syurga seperti malam yang hitam dalam keadaan berbondong-bondong semuanya, mereka menghentak bumi dan para malaikat berkata: “Tidak datang bersama Muhammad lebih banyak dari yang didatangkan para nabi.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan juga Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5612]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman