Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي بعثك بالحقِّ! ما أَخَّرْتُك إلا لنفسي، وأنت مِنِّي بمنزلةِ هارونَ من موسى؛ غيرَ أنه لا نبيَّ بعدي، وأنت أخي ووارثي. قال عليٌّ: وما أَرِثُ منك يا رسولَ اللهِ؟! قال: ما وَرَّثَتِ الأنبياءُ من قبلي. قال: وما وَرَّثَتِ الأنبياءُ من قبلِك؟ قال: كتابَ ربِّهم وسنةَ نبيِّهم. وأنت معي في قصري في الجنة، مع فاطمةَ ابنتي. وأنت أخي ورفيقي. ثم تلا: {إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ}: المتحابِّين في اللهِ؛ ينظرُ بعضُهم إلى بعضٍ.
Teks Bahasa Melayu
Demi Dia yang mengutuskan aku dengan kebenaran! Tidak aku melewatkan kamu kecuali untukku. Engkau padaku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi lagi selepasku. Engkau ialah saudaraku dan pewarisku. ‘Alī berkata: Apa yang aku warisi daripadamu wahai Rasulullah SAW?! Baginda berkata: Apa yang diwariskan para nabi sebelumku. Dia berkata: Apa yang diwarisi oleh para nabi sebelummu? Baginda menjawab: Kitab Tuhan mereka dan sunnah Nabi mereka. Engkau bersamaku dalam istana di syurga, bersama anakku Fāṭimah. Engkau ialah saudaraku dan penemanku. Kemudian baginda membaca ayat: {Mereka bersaudara serta saling berhadapan di atas pelamin masing-masing.} (yakni) Orang yang saling mencintai kerana Allah, saling memandang antara satu sama lain.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Abi Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 670, hadis no. 3456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Zaid bin Abī Aufā RA berkata: Aku masuk bertemu Rasulullah SAW di masjid baginda. Lalu baginda bertanya: Di manakah si polan bin polan? Kemudian baginda melihat-lihat wajah-wajah sahabat baginda… (Lalu disebutkan hadis mengenai persaudaraan, dan tentangnya) Lalu ‘Alī berkata: Sesungguhnya telah pergi rohku dan terputus belakangku ketika aku melihat kamu melakukan pada sahabat-sahabatmu apa yang dilakukan olehmu kepada selainku. Jika ini merupakan kemarahan ‘Alī, maka bagimu teguran yang lembut serta kemuliaan! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Demi Dia yang mengutuskan aku dengan kebenaran! Tidak aku melewatkan kamu kecuali untukku. Engkau padaku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi lagi selepasku. Engkau ialah saudaraku dan pewarisku. ‘Alī berkata: Apa yang aku warisi daripadamu wahai Rasulullah SAW?! Baginda berkata: Apa yang diwariskan para nabi sebelumku. Dia berkata: Apa yang diwarisi oleh para nabi sebelummu? Baginda menjawab: Kitab Tuhan mereka dan sunnah Nabi mereka. Engkau bersamaku dalam istana di syurga, bersama anakku Fāṭimah. Engkau ialah saudaraku dan penemanku. Kemudian baginda membaca ayat: {Mereka bersaudara serta saling berhadapan di atas pelamin masing-masing.} (yakni) Orang yang saling mencintai kerana Allah, saling memandang antara satu sama lain. [Riwayat ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāi’d Faḍāi’l al-Ṣaḥābah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4935]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman