Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَأَبِيكَ! لَوْ سَكَتَّ، مَا زِلْتُ أُنَاوَلُ مِنْهَا ذِرَاعًا مَا دَعَوْتُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Demi bapamu! Kalau kamu tetap diam, aku akan terus dihulurkan bahagian kaki selagi aku memintanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 430, hadis no. 2315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada seorang lelaki: Bahawa Rasulullah ﷺ dihidangkan makanan berupa roti dan daging. Lalu Baginda bersabda: "Berikan aku bahagian kaki". Lalu diberikan kepada Baginda bahagian kaki dan Baginda terus memakannya – Yahya berkata: Aku tidak mengetahuinya melainkan begini – Kemudian Baginda bersabda: "Berikan aku bahagian kaki". Lalu diberikan kepada Baginda bahagian kaki dan Baginda terus memakannya. Kemudian Baginda bersabda lagi: "Berikan aku bahagian kaki". Kemudian dia berkata: "Wahai Rasulullah! Hanya sanya itu sudah dua belah kaki!". Baginda bersabda: "Demi bapamu! Kalau kamu tetap diam, aku akan terus dihulurkan bahagian kaki selagi aku memintanya". Salim berkata: "Adapun ini, ia tidak (benar). Aku mendengar Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala melarang kalian daripada bersumpah dengan bapa kalian". [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6311].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman