Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَأَبِيْكَ لَوْ سَكَتَّ، مَا زِلْتُ أُناوَلُ مِنْهَا ذِرَاعاً مَا دَعَوْتُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Demi bapa kamu, jika kamu diam, sudah tentu bahagian paha hadapan itu akan tetap dihulurkan kepaaku sebanyak mana pun aku minta.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1095, hadis no. 5560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن فلان أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بطعام من خبز ولحم فقال: ناولنا الذراع فنوول ذراعا فأكلا قال يحيى: لا أعلمه إلا هكذا ثم قال: ناولني الذراع فناوول ذراعا فأكلها. ثم قال: ناولني الذراع فقال: يا رسول الله إنما هما ذراعان فقال: وأَبِيْكَ لو سَكَتَّ ما زلتُ أُناوَلُ منها ذراعًا ما دعوتُ به. فقال سالم: أما هذا فلا سمعت عبد الله بن عمر يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله تبارك وتعالى ينهاكم أن تحلفوا بآبائكم. [حم، الضعيفة (6311)].
(Munkar) Daripada seseorang, bahawa Rasulullah diberikan hidangan makanan yang terdiri daripada roti dan daging. Baginda SAW berkata: Hulurkan bahagian paha hadapan kepada kami. Maka dihulurkan bahagian paha kepada Baginda. Kemudian Baginda berkata lagi: Hulurkan bahagian paha hadapan kepaaku. Maka dihulurkan bahagian tersebut kepada Baginda. Sejurus itu, Baginda berkata lagi: Hulurkan bahagian paha hadapan kepaaku. Orang lain berkata: Wahai Rasulullah, seekor kambing hanya memiliki dua paha hadapan sahaja. Baginda menjawab, Demi bapa kamu, jika kamu diam, sudah tentu bahagian paha hadapan itu akan tetap dihulurkan kepaaku sebanyak mana pun aku minta. Salim berkata, Nabi SAW tidak bercakap sedemikian, kerana aku pernah mendengar ‘Abdullah bin Umar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT melarang kalian daripada bersumpah dengan nama bapa kalian. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6311]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman