Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya dia sekarang ini berada di dalam sebatang sungai daripada sungai syurga dan sedang menyelam di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

جاء ماعز بن مالك الأسلمي فرجمه النبي ﷺ عند الرابعة فمر به رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعه نفر من أصحابه فقال رجلان منهم إن هذا الخائن أتى النبي ﷺ مرارا كل ذلك يرده ثم قتل كما يقتل الكلب فسكت عنهم النبي ﷺ حتى مر بجيفة حمار شائل رجله فقال كلا من هذا قالا من جيفة حمار يا رسول الله قال : فالذي نلتما من عرض أخيكما آنفا أكثر و الذي نفس محمد بيده إنه في نهر من أنهار الجنة يتغمس فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mā‘iz ibn Mālik al-Aslamī telah datang, lalu Nabi SAW merejamnya pada permintaan kali keempat. Lalu Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW sekumpulan para sahabat melalui kuburnya. Kemudian dua orang lelaki daripada mereka telah berkata: Sesungguhnya orang ini adalah pengkhianat yang datang kepada Nabi SAW berkali-kali, dan kesemuanya itu Baginda SAW menolaknya, kemudian dia dibunuh seperti anjing. Maka Nabi SAW diam sehingga Baginda SAW melalui bangkai seekor keldai di hadapan kaki Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bersabda: kamu berdua makanlah bangkai ini. Mereka berdua telah berkata: Daripada bangkai keldai ini wahai Rasulullah? Baginda SAW telah bersabda: Perkara yang kamu berdua telah lakukan terhadap maruah saudara kamu berdua sebentar tadi adalah lebih banyak dan demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya dia sekarang ini berada di dalam sebatang sungai daripada sungai syurga dan sedang menyelam di dalamnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 129, hadis nombor 653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي ا الله عنه قال: جاء ماعز بن مالك الأسلمي فرجمه النبي ﷺ عند الرابعة فمر به رسول اللہ ﷺ، ومعه نفر من أصحابه فقال رجلان منهم: إن هذا الخائن أتى النبي ﷺ مراراً كل ذلك يرده ثم قتل کما یقتل الكلب فسكت عنهم النبي ﷺ حتى مر بجيفة حمار شائلة رجله فقال: كلا من هذا قالا: من جيفة حمار يا رسول الله قال: فالذي نلتما من عرض أخيكا آنفاً أكثر والذي نفس محمد بيده إنه في نهر من أنهار الجنة يتغمس فيها . [خد، عب، هبه الطحاوي، ع، الضعيفة (6318)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Mā‘iz ibn Mālik al-Aslamī telah datang, lalu Nabi SAW merejamnya pada permintaan kali keempat. Lalu Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW sekumpulan para sahabat melalui kuburnya. Kemudian dua orang lelaki daripada mereka telah berkata: Sesungguhnya orang ini adalah pengkhianat yang datang kepada Nabi SAW berkali-kali, dan kesemuanya itu Baginda SAW menolaknya, kemudian dia dibunuh seperti anjing. Maka Nabi SAW diam sehingga Baginda SAW melalui bangkai seekor keldai di hadapan kaki Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bersabda: kamu berdua makanlah bangkai ini. Mereka berdua telah berkata: Daripada bangkai keldai ini wahai Rasulullah? Baginda SAW telah bersabda: Perkara yang kamu berdua telah lakukan terhadap maruah saudara kamu berdua sebentar tadi adalah lebih banyak dan demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya dia sekarang ini berada di dalam sebatang sungai daripada sungai syurga dan sedang menyelam di dalamnya. [Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, al-Ṭaḥāwī dalam Sharḥ al-Ma‘ānī, ‘Abd al-Razzāq dalam al-Musānnaf, al-Bayhaqī dalam Al-Shu‘ab, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6318)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs