TEKS BAHASA ARAB
والذي بعثني بالحق! لا يعذب الله تعالى يوم القيامة من رحم اليتيم، وألان له الكلام، ورحم يتمه وضعفه، ولم يتطاول على جاره بفضل أعطاه الله. والذي بعثني بالحق! لا يقبل الله صدقة من رجل وله قرابة محتاجون إلى صلته، ويعطيها إلى غيرهم، والذي نفسي بيده! لا ينظر الله إليه يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi Allah SWT yang telah mengutuskan aku dengan kebenaran. Allah SWT tidak akan mengazab pada hari kiamat sesiapa yang menyayangi anak yatim, bercakap lembut dengannya, serta mengasihani sifat yatim dan kedaifannya. Dan dia juga tidak meninggi diri terhadap jirannya dengan kelebihan yang Allah SWT telah berikan kepada dirinya. Demi Allah SWT yang mengutuskan aku dengan kebenaran, Allah SWT tidak akan menerima sedekah daripada seorang lelaki dalam keadaan dia mempunyai kerabat yang memerlukan kepada hubungan dengannya, yang dia memberikannya (sedekah itu) kepada selain mereka. Demi Allah SWT yang jiwaku di tangan-Nya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60, hadis nombor 265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((والذي بعثني بالحق! لا يعذب الله تعالى يوم القيامة من رحم اليتيم، وألان له الكلام، ورحم يتمه وضعفه، ولم يتطاول على جاره بفضل أعطاه الله. والذي بعثني بالحق! لا يقبل الله صدقة من رجل وله قرابة محتاجون إلى صلته، ويعطيها إلى غيرهم، والذي نفسي بيده! لا ينظر الله إليه يوم القيامة)). [طس، الأصبهاني في ((الترغيب))، ((الضعيفة)) (3330)].
(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Demi Allah SWT yang telah mengutuskan aku dengan kebenaran. Allah SWT tidak akan mengazab pada hari kiamat sesiapa yang menyayangi anak yatim, bercakap lembut dengannya, serta mengasihani sifat yatim dan kedaifannya. Dan dia juga tidak meninggi diri terhadap jirannya dengan kelebihan yang Allah SWT telah berikan kepada dirinya. Demi Allah SWT yang mengutuskan aku dengan kebenaran, Allah SWT tidak akan menerima sedekah daripada seorang lelaki dalam keadaan dia mempunyai kerabat yang memerlukan kepada hubungan dengannya, yang dia memberikannya (sedekah itu) kepada selain mereka. Demi Allah SWT yang jiwaku di tangan-Nya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3330].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.