Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Demi Allah! Sesungguhnya tanah bumi Madinah itu diberkati

Teks Bahasa Arab

واللهِ إنَّ تُرْبَتَها ميمونةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Demi Allah! Sesungguhnya tanah bumi Madinah itu diberkati.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1965, hadis no. 9826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة قالت: ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة، فقال: واللهِ! إن تربتها ميمونة. [أبو نعيم في ((الطب)) (الضعيفة)) (6614)]

(Munkar) Daripada ‘Aisyah RA, dia berkata: Apabila Rasulullah SAW menyebut tentang Madinah, baginda bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya tanah bumi Madinah itu diberkati. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Tibb al-Nabawi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6614]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.