Demi Allah! Seseorang dalam kalangan kalian yang pergi ke bukit besar, lalu memikul sesuatu daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

دخل رجل على أهله، فلما رأى ما بهم من الحاجة؛ خرج إلى البرية، فلما رأت امرأته؛ قامت إلى الرحى فوضعتها، وإلى التنور فسجرته، ثم قالت: اللهم ارزقنا! فنظرت؛ فإذا الجفنة قد امتلأت، قال: وذهبت إلى التنور فوجدته ممتلئا. قال: فرجع الزوج، قال: أصبتم بعدي شيئا؟ قالت امرأته: نعم؛ من ربنا؛ فأم إلى الرحى [فرفعها]؛ فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم؟! فقال: أما إنه لو لم يرفعها؛ لم تزل تدور إلى يوم القيامة. شهدت النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول: والله! لأن يأتي أحدكم صبيرا، ثم يحمله؛ يبيعه فيستعف منه؛ خير له من أن يأتي رجلا يسأله

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki masuk berjumpa keluarganya, lalu dia melihat beberapa hajat yang ada pada mereka, dia keluar ke daratan. Apabila isterinya melihat begitu, dia bangun menuju ke tempat penggiling lalu meletakkannya dan dia menuju ke dapur lalu menyalakan api. Kemudian dia berkata: Ya Allah berikanlah rezeki kepada kami! Lalu dia melihat bekas makanan sudah terisi. Beliau berkata: Dia pergi ke dapur, lalu melihat ia juga sudah terisi. Beliau berkata: Lalu si suami telah pulang dan berkata: Adakah kamu mendapatkan sesuatu selepas pemergianku? Lalu isterinya berkata: Ya, daripada Tuhan kita. Lalu dia pergi ke tempat penggiling dan mengangkatnya. Lalu diceritakan kepada Nabi SAW, baginda seraya bersabda: Adapun sekiranya dia tidak mengangkatnya, nescaya ia akan terus berpusing sehingga ke hari kiamat. Aku menyaksikan Nabi SAW bersabda: Demi Allah! Seseorang dalam kalangan kalian yang pergi ke bukit besar, lalu memikul sesuatu daripadanya dan menjualnya demi menjaga maruah diri dengannya adalah lebih baik daripada dia mendatangi seorang lelaki untuk meminta daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 803, hadis nombor 4142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: دخل رجل على أهله، فلما رأى ما بهم من الحاجة؛ خرج إلى البرية، فلما رأت امرأته؛ قامت إلى الرحى فوضعتها، وإلى التنور فسجرته، ثم قالت: اللهم ارزقنا! فنظرت؛ فإذا الجفنة قد امتلأت، قال: وذهبت إلى التنور فوجدته ممتلئا. قال: فرجع الزوج، قال: أصبتم بعدي شيئا؟ قالت امرأته: نعم؛ من ربنا؛ فأم إلى الرحى [فرفعها]؛ فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم؟! فقال: ((أما إنه لو لم يرفعها؛ لم تزل تدور إلى يوم القيامة)). شهدت النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول: ((والله! لأن يأتي أحدكم صبيرا، ثم يحمله؛ يبيعه فيستعف منه؛ خير له من أن يأتي رجلا يسأله)). [حم، ((الضعيفة)) (5406)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA: Seorang lelaki masuk berjumpa keluarganya, lalu dia melihat beberapa hajat yang ada pada mereka, dia keluar ke daratan. Apabila isterinya melihat begitu, dia bangun menuju ke tempat penggiling lalu meletakkannya dan dia menuju ke dapur lalu menyalakan api. Kemudian dia berkata: Ya Allah berikanlah rezeki kepada kami! Lalu dia melihat bekas makanan sudah terisi. Beliau berkata: Dia pergi ke dapur, lalu melihat ia juga sudah terisi. Beliau berkata: Lalu si suami telah pulang dan berkata: Adakah kamu mendapatkan sesuatu selepas pemergianku? Lalu isterinya berkata: Ya, daripada Tuhan kita. Lalu dia pergi ke tempat penggiling dan mengangkatnya. Lalu diceritakan kepada Nabi SAW, baginda seraya bersabda: Adapun sekiranya dia tidak mengangkatnya, nescaya ia akan terus berpusing sehingga ke hari kiamat. Aku menyaksikan Nabi SAW bersabda: Demi Allah! Seseorang dalam kalangan kalian yang pergi ke bukit besar, lalu memikul sesuatu daripadanya dan menjualnya demi menjaga maruah diri dengannya adalah lebih baik daripada dia mendatangi seorang lelaki untuk meminta daripadanya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs