Demi Allah! Oleh kerana hal ini, aku akan mengerat 70 mayat-mayat seperti keratan mayatmu ini

TEKS BAHASA ARAB

رحمة الله عليك إن كنت ما علمت لوصولا للرحم، فعولا للخيرات، والله لولا حزن من بعدك عليك؛ لسرني أن أتركك حتى يحشرك الله من بطون السباع – أو كلمة نحوها – أما والله على ذلك لأمثلن بسبعين كمثلتك. فنزل جبريل – عليه السلام- على محمد – صلى الله عليه وسلم – بهذه السورة وقرأ: {وإن عاقبتم فعاقبوا بمثل ما عوقبتم به} إلى آخر الآية، فكفر رسول الله – صلى الله عليه وسلم- (يعني عن يمينه)، وأمسك عن ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mudahan rahmat Allah ke atasmu, setakat yang aku tahu tentang dirimu adalah seorang yang sangat suka menyambungkan silaturahim dan banyak berbuat kebajikan. Demi Allah! Kalaulah tidak kerana kesedihan orang-orang selepasmu ke atas dirimu, aku suka untuk meninggalkanmu sehingga Allah membangkitkanmu daripada perut-perut singa (atau dengan perkataan seumpamanya). Demi Allah! Oleh kerana hal ini, aku akan mengerat 70 mayat-mayat seperti keratan mayatmu ini.” Lalu Jibril AS turun kepada Muhammad SAW dengan surah ini dan membacanya: ‘Dan sekiranya kamu membalas, maka balaslah sepertimana kamu diperlakukan…sehingga akhir ayat.” Lantas Rasulullah SAW membayar kafarah sumpah Baginda dan menahan diri daripada berbuat demikian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 977, hadis nombor 5036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقف على حمزة بن عبد المطلب ‌حين ‌استشهد، فنظر إلى منظر لم ينظر إلى منظر أوجع للقلب منه، أو أوجع لقلبه منه، ونظر إليه وقد مثل به فقال: ((رحمة الله عليك إن كنت ما علمت لوصولا للرحم، فعولا للخيرات، والله لولا حزن من بعدك عليك؛ لسرني أن أتركك حتى يحشرك الله من بطون السباع – أو كلمة نحوها – أما والله على ذلك لأمثلن بسبعين كمثلتك)). فنزل جبريل – عليه السلام- على محمد – صلى الله عليه وسلم – بهذه السورة وقرأ: {وإن عاقبتم فعاقبوا بمثل ما عوقبتم به} إلى آخر الآية، فكفر رسول الله – صلى الله عليه وسلم- (يعني عن يمينه)، وأمسك عن ذلك. [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ك، البزار، البيهقي في ((دلائل النبوة))، الواحدي، ((الضعيفة)) (550)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW berdiri di sisi Hamzah bin Abdul Mutalib ketika dia mati syahid, Baginda sedang memandang suatu pemandangan yang sangat tidak ada pemandangan yang lebih menyakitkan hati daripadanya atau paling menyedihkan hati Baginda. Seraya Baginda melihatnya (mayat Hamzah RA) dalam keadaan badannya cedera, lalu Baginda bersabda: “Mudahan rahmat Allah ke atasmu, setakat yang aku tahu tentang dirimu adalah seorang yang sangat suka menyambungkan silaturahim dan banyak berbuat kebajikan. Demi Allah! Kalaulah tidak kerana kesedihan orang-orang selepasmu ke atas dirimu, aku suka untuk meninggalkanmu sehingga Allah membangkitkanmu daripada perut-perut singa (atau dengan perkataan seumpamanya). Demi Allah! Oleh kerana hal ini, aku akan mengerat 70 mayat-mayat seperti keratan mayatmu ini.” Lalu Jibril AS turun kepada Muhammad SAW dengan surah ini dan membacanya: ‘Dan sekiranya kamu membalas, maka balaslah sepertimana kamu diperlakukan…sehingga akhir ayat.” Lantas Rasulullah SAW membayar kafarah sumpah Baginda dan menahan diri daripada berbuat demikian. [Riwayat Abu Bakr al-Shafie dalam al-Fawaid, Mustadrak al-Ḥākim, al-Bazzar, al-Bayhaqi dalam Dalailun Nubuwwah, dan al-Wahidi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs