TEKS BAHASA ARAB
إن أناسا من أهل الجنة يتطلعون إلى أناس من أهل النار، فيقولون: بم دخلتم النار؟ فوالله ما دخلنا الجنة إلا بما تعلمنا منكم؟ فبقولون: إنا كنا نقول ولا نفعل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli syurga akan menjenguk beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli neraka, lalu mereka berkata: Dengan sebab apa kamu masuk ke neraka? Demi Allah! Kami masuk ke dalam syurga kerana ilmu yang kami pelajari daripada kamu. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memberitahu tapi kami tidak melakukannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis nombor 6313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن الوليد بن عقبة رضي الله عنه مرفوعا: إن أناسا من أهل الجنة يتطلعون إلى أناس من أهل النار، فيقولون: بم دخلتم النار؟ فوالله ما دخلنا الجنة إلا بما تعلمنا منكم؟ فبقولون: إنا كنا نقول ولا نفعل.
[طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1268)]
(Sangat lemah)
Daripada al-Walid bin ‘Uqbah RA secara marfu’: Sesungguhnya beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli syurga akan menjenguk beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli neraka, lalu mereka berkata: Dengan sebab apa kamu masuk ke neraka? Demi Allah! Kami masuk ke dalam syurga kerana ilmu yang kami pelajari daripada kamu. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memberitahu tapi kami tidak melakukannya.
[Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1268]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.