Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أُناسًا من أهل الجنَّةِ يتطلَّعون إلى أُناسٍ من أهل النَّارِ، فيقولون: بِمَ دخلتُمُ النَّارَ؟ فواللهِ ما دخلْنا الجنَّةَ إلا بما تعلَّمْنا منكم؟ فيقولون: إنا كنا نقولُ ولا نفعلُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli syurga akan menjenguk beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli neraka, lalu mereka berkata: Dengan sebab apa kamu masuk ke neraka? Demi Allah! Kami masuk ke dalam syurga kerana ilmu yang kami pelajari daripada kamu. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memberitahu tapi kami tidak melakukannya.
Sahabat Perawi
- Al-Walid bin 'Uqbah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis no. 6313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الوليد بن عقبة رضي الله عنه مرفوعا: إن أناسا من أهل الجنة يتطلعون إلى أناس من أهل النار، فيقولون: بم دخلتم النار؟ فوالله ما دخلنا الجنة إلا بما تعلمنا منكم؟ فبقولون: إنا كنا نقول ولا نفعل. [طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1268)]
(Sangat lemah) Daripada al-Walid bin 'Uqbah RA secara marfu': Sesungguhnya beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli syurga akan menjenguk beberapa golongan manusia dalam kalangan ahli neraka, lalu mereka berkata: Dengan sebab apa kamu masuk ke neraka? Demi Allah! Kami masuk ke dalam syurga kerana ilmu yang kami pelajari daripada kamu. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memberitahu tapi kami tidak melakukannya. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1268]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman