Demi Allah, aku juga mencintai kalian

TEKS BAHASA ARAB

وأنا والله أحبكم وأنا والله أحبكم وأنا والله أحبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099, hadis nombor 5573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أنس رضي الله عنه، قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة، جاءت الأنصار برجالها ونسائها، فقالوا: إلينا يا رسول الله فقال: دعوا الناقة فإنها مأمورة فبركت على باب أبي أيوب قال: فخرجت جوار من بني النجار يضربن بالدفوف وهن يقلن: نحن جوار من بني النجار * * * يا حبذا محمد من جار. فخرج إليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: أتحبوني؟ فقالوا: إي والله يا رسول الله قال: وأنا والله أحبكم وأنا والله أحبكم، وأنا والله أحبكم. [هق في دلائل النبوة، الضعيفة (6508)].

(Munkar dengan teks yang lengkap) Daripada Anas RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW datang ke kota Madinah, orang-orang Ansar tanpa mengira jantina hadir menyambut Baginda. Mereka berkata: Datanglah ke rumah kami, duhai Rasulullah. Baginda menjawab: Biarkan unta ini berjalan kerana ia menerima perintah. Unta Baginda pun berhenti di pintu rumah Abu Ayub. Maka para tetangga wanita daripada keturunan al-Najjar keluar bermain kompang sambil melagukan: Kami adalah tetangga berketurunan al-Najjar, alangkah gembiranya Muhammad menjadi jiran. Rasulullah SAW pun bertemu mereka, lalu Baginda bertanya: Adakah kalian mencintaiku? Mereka menjawab: Ya, demi Allah, wahai Rasulullah. Baginda SAW membalas: Demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.