Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَأَنَا وَاللَّهِ أُحِبُّكُمْ وَأَنَا وَاللَّهِ أُحِبُّكُمْ وَأَنَا وَاللهِ أُحِبُّكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099, hadis no. 5573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan teks yang lengkap) Daripada Anas RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW datang ke kota Madinah, orang-orang Ansar tanpa mengira jantina hadir menyambut Baginda. Mereka berkata: Datanglah ke rumah kami, duhai Rasulullah. Baginda menjawab: Biarkan unta ini berjalan kerana ia menerima perintah. Unta Baginda pun berhenti di pintu rumah Abu Ayub. Maka para tetangga wanita daripada keturunan al-Najjar keluar bermain kompang sambil melagukan: Kami adalah tetangga berketurunan al-Najjar, alangkah gembiranya Muhammad menjadi jiran. Rasulullah SAW pun bertemu mereka, lalu Baginda bertanya: Adakah kalian mencintaiku? Mereka menjawab: Ya, demi Allah, wahai Rasulullah. Baginda SAW membalas: Demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian, demi Allah, aku juga mencintai kalian. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6508]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman