Demam seharian ialah penebus dosa-dosa setahun

TEKS BAHASA ARAB

حمى يوم كفارة سنة للذنوب، وحمى يومين كفارة سنتين، وحمى ثلاثة أيام كفارة ثلاث سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demam seharian ialah penebus dosa-dosa setahun, demam selama dua hari ialah penebus dosa-dosa dua tahun, dan demam selama tiga hari ialah penebus dosa-dosa tiga tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis nombor 10332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: حمى يوم كفارة سنة للذنوب، وحمى يومين كفارة سنتين، وحمى ثلاثة أيام كفارة ثلاث سنين.
[تمام، ((الضعيفة)) (6143)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demam seharian adalah penebus dosa-dosa setahun, demam selama dua hari ialah penebus dosa-dosa dua tahun, dan demam selama tiga hari ialah penebus dosa-dosa tiga tahun.
[Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6143]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs