Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُمَّى يومٍ كفارةُ سنةٍ للذنوبِ، وحُمَّى يوميْنِ كفارةُ سنتيْنِ، وحُمَّى ثلاثةِ أيامٍ كفارةُ ثلاثِ سنينَ.
Teks Bahasa Melayu
Demam seharian ialah penebus dosa-dosa setahun, demam selama dua hari ialah penebus dosa-dosa dua tahun, dan demam selama tiga hari ialah penebus dosa-dosa tiga tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis no. 10332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: حمى يوم كفارة سنة للذنوب، وحمى يومين كفارة سنتين، وحمى ثلاثة أيام كفارة ثلاث سنين. [تمام، ((الضعيفة)) (6143)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demam seharian adalah penebus dosa-dosa setahun, demam selama dua hari ialah penebus dosa-dosa dua tahun, dan demam selama tiga hari ialah penebus dosa-dosa tiga tahun. [Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6143]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman