Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُمَّى يوم كفَّارةُ سَنَةٍ للذنوب، وحمى يومين كفارة سنتين، وحمى ثلاثة أيام كفارة ثلاثِ سنين.
Teks Bahasa Melayu
Demam panas satu hari merupakan kaffarah dosa selama setahun. Demam panas selama dua hari merupakan kaffarah dosa selama dua tahun dan demam panas selama tiga hari merupakan kaffarah dosa selama tiga tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1764, hadis no. 8880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((حُمَّى يوم كفَّارةُ سَنَةٍ للذنوب، وحمى يومين كفارة سنتين، وحمى ثلاثة أيام كفارة ثلاثِ سنين.)) [تمام، ((الضعيفة)) (6143)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Demam panas satu hari merupakan kaffarah dosa selama setahun. Demam panas selama dua hari merupakan kaffarah dosa selama dua tahun dan demam panas selama tiga hari merupakan kaffarah dosa selama tiga tahun.)) [Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6143].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman