Demam merupakan titik mula kepada kematian

TEKS BAHASA ARAB

الحمى رائد الموت، وهي سجن الله في الأرض للمؤمن

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demam merupakan titik awal kematian dan ia adalah penjara Allah di dunia bagi orang yang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis nombor 8765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن مرفوعا: ((الحمى رائد الموت، وهي سجن الله في الأرض للمؤمن.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض))، أبو النعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (3533)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Demam merupakan titik awal kematian dan ia adalah penjara Allah di dunia bagi orang yang beriman.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh dan Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3533].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs