Demam merupakan suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka

TEKS BAHASA ARAB

الحمى حظ كل مؤمن من النار، وحمى ليلة تكفر خطايا سنة مجرمة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demam merupakan suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka dan demam satu malam menghapuskan dosa selama setahun kejahatan yang dilakukan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis nombor 8764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الحمى حظ كل مؤمن من النار، وحمى ليلة تكفر خطايا سنة مجرمة.)) [القضاعي، ((الضعيفة)) (3532)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Demam merupakan suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka dan demam satu malam menghapuskan dosa selama setahun kejahatan yang dilakukan.))
[Riwayat al-Qudha’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3532].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs