Demam merupakan penjara Allah di dunia dan ia adalah bahagian buat orang yang beriman dari neraka.

TEKS BAHASA ARAB

الحمى سجن الله في الأرض، وهو حظ المؤمن من النار

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demam merupakan penjara Allah di dunia dan ia adalah suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis nombor 8766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن قتادة بن دعامة السدوسي، عن أبيه -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((الحمى سجن الله في الأرض، وهو حظ المؤمن من النار.)) [ابن منده، ((الضعيفة)) (3534)]

(Sangat Lemah)
Darpada Qatadah bin Di’amah al-Sadusi, daripada ayahnya RA, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Demam merupakan penjara Allah di dunia dan ia adalah suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka.))
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3534].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs