Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحُمَّى سِجن الله فِي الأرضِ، وهُو حظُّ المؤمنِ منَ النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Demam merupakan penjara Allah di dunia dan ia adalah suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka.
Sahabat Perawi
- Di'amah al-Sadusi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis no. 8766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن قتادة بن دعامة السدوسي، عن أبيه -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((الحمى سجن الله في الأرض، وهو حظ المؤمن من النار.)) [ابن منده، ((الضعيفة)) (3534)]
(Sangat Lemah) Darpada Qatadah bin Di'amah al-Sadusi, daripada ayahnya RA, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Demam merupakan penjara Allah di dunia dan ia adalah suatu keberuntungan yang menghalang orang yang beriman dari neraka.)) [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3534].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman