Demam menggugurkan dosa-dosa seperti pohon menggugurkan daunnya

TEKS BAHASA ARAB

الحمى تحت الخطايا كما تحت الشجرة ورقها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demam menggugurkan dosa-dosa seperti pohon menggugurkan daunnya

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis nombor 8763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسد بن كرز -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الحمى تحت الخطايا كما تحت الشجرة ورقها.)) [حم، طب، ابن قانع، ابن أبي الدنيا في ((المرض))، ابن عساكر، الضياء، ((الضعيفة)) (3531)]

(Lemah)
Daripada Asad bin Kurz RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Demam menggugurkan dosa-dosa seperti pohon menggugurkan daunnya.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn Qani’, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Marad, Ibn Asakir dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3531].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs