Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحُمَّى تحُتُّ الخَطايا كَمَا تَحُتُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَها.
Teks Bahasa Melayu
Demam menggugurkan dosa-dosa seperti pohon menggugurkan daunnya
Sahabat Perawi
- Asad bin Kurz
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis no. 8763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسد بن كرز -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الحمى تحت الخطايا كما تحت الشجرة ورقها.)) [حم، طب، ابن قانع، ابن أبي الدنيا في ((المرض))، ابن عساكر، الضياء، ((الضعيفة)) (3531)]
(Lemah) Daripada Asad bin Kurz RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Demam menggugurkan dosa-dosa seperti pohon menggugurkan daunnya.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn Qani’, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Marad, Ibn Asakir dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3531].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman