Dekatkanlah diri kamu ke arah kiblat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أرهقوا القبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dekatkanlah diri kamu ke arah kiblat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis nombor 1373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((أرهقوا القبلة)). [العسكري في ((تصحيفات المحدثين))، عق، ع، البزار، أبو بكر المقري في ((الأربعين))، عد، هب، ((الضعيفة)) (2746)]

(Lemah)
Daripada A’ishah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Dekatkanlah diri kamu ke arah kiblat.
[Riwayat al-‘Askari dalam Tashifat al-Muhaddithin, al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-Bazzar, Abu Bakr al-Muqri dalam al-Arba’in, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2746]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.