Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dekatkan tulang itu dengan mulutmu, kerana sesungguhnya itu lebih sedap dan enak

Teks Bahasa Arab

أَدْنِ العظمَ من فِيكَ، فإنه أَهْنَأُ وأَمْرَأُ.

Teks Bahasa Melayu

Dekatkan tulang itu dengan mulutmu, kerana sesungguhnya itu lebih sedap dan enak.

Sahabat Perawi

  1. Safwan bin Umayyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صفوان بن أمية - رضي الله عنه -، قال: «كنت آكل مع النبي ﷺ، فآخذ اللحم من العظم، فقال: «أدن العظم من فيك، فإنه أهنأ وأمرأ». [د، حم، ك، طب، «الضعيفة» (2194)].

(Lemah) Daripada Safwan bin Umayyah RA, beliau berkata: Suatu ketika aku makan bersama Nabi ﷺ dan aku mengambil daging daripada tulang, lalu baginda bersabda: "Dekatkan tulang itu dengan mulutmu, kerana sesungguhnya itu lebih sedap dan enak". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2194].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.