Debu di Kota Madinah merupakan penawar kepada penyakit kusta

TEKS BAHASA ARAB

غبار المدينة شفاء من الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Debu di Kota Madinah merupakan penawar kepada penyakit kusta.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis nombor 5769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن محمد بن ثابت بن قيس بن شماس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : غبار المدينة شفاء من الجذام. [أبو نعيم في الطب النبوي، الرافعي، ابن النجار في أخبار مدينة الرسول، الضعيفة (3957)]

(Munkar) Daripada Muhammad bin Thabit bin Qais bin Syammas telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Debu di Kota Madinah merupakan penawar kepada penyakit kusta. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb al-Nawawi, al-Rafi’i, Ibn Najar dalam Akhbar Madinah al-Rasul. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3957].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.