Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغبار في سبيل الله إسفار الوجوه يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Debu di jalan Allah merupakan penyeri wajah pada hari kiamat
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis no. 5136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: الغبار في سبيل الله إسفار الوجوه يوم القيامة. [حل، الضعيفة (3963)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Debu di jalan Allah merupakan penyeri wajah pada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 3963].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman