Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ائتوا المساجد حسرا ومقنعين، فإن ذلك من سيما (وفي لفظ: فإن العمائم تيجان) المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala, kerana sesungguhnya yang demikian adalah daripada tanda (pada lafaz lain: sesungguhnya serban ialah mahkota) orang Islam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis nombor 1901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: «ائتُوا المساجدَ حُسَّرًا ومُقَنَّعينَ، فإن ذلك من سِيمَا (وفي لفظٍ: فإنَّ العمائمَ تِيجانُ) المسلمينَ». [عد، «الضعيفة» (1296)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abu Talib RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala, kerana sesungguhnya yang demikian adalah daripada tanda (pada lafaz lain: sesungguhnya serban ialah mahkota) orang Islam". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1296].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.