Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala

Teks Bahasa Arab

ائتُوا المساجدَ حُسَّرًا ومُقَنَّعينَ، فإن ذلك من سِيمَا (وفي لفظٍ: فإنَّ العمائمَ تِيجانُ) المسلمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala, kerana sesungguhnya yang demikian adalah daripada tanda (pada lafaz lain: sesungguhnya serban ialah mahkota) orang Islam.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis no. 1901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: «ائتُوا المساجدَ حُسَّرًا ومُقَنَّعينَ، فإن ذلك من سِيمَا (وفي لفظٍ: فإنَّ العمائمَ تِيجانُ) المسلمينَ». [عد، «الضعيفة» (1296)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abu Talib RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Datangilah masjid-masjid dalam keadaan tidak bertutup kepala dan bertutup kepala, kerana sesungguhnya yang demikian adalah daripada tanda (pada lafaz lain: sesungguhnya serban ialah mahkota) orang Islam". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1296].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.