Datang seorang lelaki kepada Abu Darda' RA lalu dia berkata: Wahai Abu Darda'! Rumahmu telah terbakar

TEKS BAHASA ARAB

من قالهن أول نهاره لم تصبه مصيبة حتى يمسي ومن قالها آخر النهار لم تصبه مصيبة حتى يصبح اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم أعلم أن الله على كل شيء قدير وأن الله قد أحاط بكل شيء علما اللهم إني أعوذ بك من شر نفسي ومن شر كل دابة أنت آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membacanya pada awal siangnya maka dia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang dan barang siapa yang membacanya pada akhir siang hari, maka dia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi. Ya Allah! Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkaulah Tuhan ‘Arasy yang agung. Apa yang Allah kehendaki berlaku dan apa yang Dia tidak kehendaki tidak akan berlaku, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku tahu bahawa sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya dan sesungguhnya pengetahuan Allah itu meluasi segalanya. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan setiap makhluk, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1548, hadis nombor 7854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ! قَدِ احْتَرَقَ بَيْتُكَ. قَالَ: مَا احْتَرَقَ، اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَكُنْ لِيَفْعَلَ ذَلِكَ؛ لِكَلِمَاتٍ سَمِعْتُهُنَّ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ قَالَهُنَّ أَوَّلَ نَهَارِهِ، لَمْ تُصِبْهُ مُصِيبَةٌ حَتَّى يُمْسِيَ، وَمَنْ قَالَهَا آخِرَ النَّهَارِ، لَمْ تُصِبْهُ مُصِيبَةٌ حَتَّى يُصْبِحَ: اللَّهُمَّ! أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّه الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ كُلِّ شَيْءٍ عِلْماً، اللَّهُمَّ! إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (6420)]

(Sangat lemah)
Daripada Talq Bin Habib, beliau berkata: Datang seorang lelaki kepada Abu Darda’ RA lalu dia berkata: Wahai Abu Darda’! Rumahmu telah terbakar. Abu Darda’ berkata: Tidaklah ia terbakar kerana Allah Azza wa Jalla tidak melakukan sedemikian. Berdasarkan beberapa kalimah yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membacanya pada awal siangnya maka dia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang dan barang siapa yang membacanya pada akhir siang hari, maka dia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi. Ya Allah! Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkaulah Tuhan ‘Arasy yang agung. Apa yang Allah kehendaki berlaku dan apa yang Dia tidak kehendaki tidak akan berlaku, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku tahu bahawa sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya dan sesungguhnya pengetahuan Allah itu meluasi segalanya. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan setiap makhluk, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6420]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs