Datang pada akhir zaman seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Kiram

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: يجيء في آخر الزمان رجل يقال له: محمد بن كرام، يحيي السنة والجماعة، هجرته من خراسان إلى بيت المقدس، كهجرتي من مكة إلى المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Datang pada akhir zaman seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Kiram. Dia akan menghidupkan sunnah dan jemaah. Hijrahnya adalah dari Khurasan ke Baitulmaqdis, seperti hijrahku dari Mekah ke Madinah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 420, hadis nombor 187. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع وفي إسناده: مجاهيل، وواضعه إسحاق بن محمشاد، على مذهب الكرامية. وله مصنف في فضائل محمد بن كرام. كله كذب.

Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat: Perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali), pemalsunya adalah Ishaq bin Mahmisyad, seorang yang menganut mazhab al-Kiramiyyah. Dia mempunyai penulisan berkenaan kelebihan Muhammad bin Kiram. Kesemuanya adalah dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.