TEKS BAHASA ARAB
حديث: الضرورات تبيح المحظورات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Darurat dapat mengharuskan hal-hal yang terlarang.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 112, hadis nombor 312. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث في المبنى، وهو صحيح في المعنى، بل هو من كلام الفقهاء.
Ia bukan hadith dari sudut lafaznya, akan tetapi betul dari sudut makna. Ini adalah daripada kata-kata fuqaha.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.