Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan

Teks Bahasa Arab

الصبر من الإيمان بمنزلة الرأس من البدن.

Teks Bahasa Melayu

Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476, hadis no. 2555.

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- مرفوعا: ((الصبر من الإيمان بمنزلة الرأس من البدن)). [فر، ((الضعيفة)) (3793)]

(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Darjat sabar berbanding sekalian cabang iman adalah seperti darjat kepala berbanding sekalian anggota badan.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.3793]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.