Daripada maruah ialah seseorang itu diam apabila saudaranya bercakap

TEKS BAHASA ARAB

من المروءة: أن ينصت الأخ لأخيه إذا حدثه، ومن حسن المماشاة: أن يقف الأخ لأخيه إذا انقطع شسع نعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada maruah ialah seseorang itu diam apabila saudaranya bercakap kepadanya. Dan daripada eloknya perjalanan ialah seseorang itu berhenti apabila terputus tali selipar saudaranya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis nombor 454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – رفعه: من المروءة: أن ينصت الأخ لأخيه إذا حدثه، ومن حسن المماشاة: أن يقف الأخ لأخيه إذا انقطع شسع نعله.
[خط، ((الضعيفة)) (4518)]

(Palsu)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Daripada maruah ialah seseorang itu diam apabila saudaranya bercakap kepadanya. Dan daripada eloknya perjalanan ialah seseorang itu berhenti apabila terputus tali selipar saudaranya.”
[Diriwayatkan oleh al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (4518)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs