Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ المروءةِ: أنْ ينصتَ الأخُ لأخيهِ إذا حدَّثهُ، ومنْ حسنِ المماشاةِ: أن يقفَ الأخُ لأخيهِ إذا انقطعَ شِسعُ نعلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Daripada maruah ialah seseorang itu diam apabila saudaranya bercakap kepadanya. Dan daripada eloknya perjalanan ialah seseorang itu berhenti apabila terputus tali selipar saudaranya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis no. 454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - رفعه: من المروءة: أن ينصت الأخ لأخيه إذا حدثه، ومن حسن المماشاة: أن يقف الأخ لأخيه إذا انقطع شسع نعله. [خط، ((الضعيفة)) (4518)]
(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Daripada maruah ialah seseorang itu diam apabila saudaranya bercakap kepadanya. Dan daripada eloknya perjalanan ialah seseorang itu berhenti apabila terputus tali selipar saudaranya.” [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (4518)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman