Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Daripada mana punca fitnah (bencana) berlaku sedangkan aku telah tinggalkan kepada mereka kitab Allah SWT?

Teks Bahasa Arab

إنا للهِ وإنا إليهِ راجعونَ، أتاني جبريلُ آنفًا، فقال: إنا للهِ وإنا إليهِ راجعونَ، فقلتُ: أجلْ إنا لله وإنا إليهِ راجعونَ، ممَّ ذاك يا جبريلُ؟! فقال: إنَّ أمتكَ مُفتنةٌ بعدكَ بقليلٍ من الدهرِ غيرِ كثير. فقلتُ: فتنةُ كفرٍ أو فتنةُ ضلالةٍ؟ قال: كلٌّ سيكونُ. فقلتُ: من أينَ ذاكَ وأنا تاركٌ فيهم كتابَ اللهِ عز وجل؟! قال: بكتابِ اللهِ عز وجل يَضِلونَ، فأولُ ذلك من أمرائِهِم وقُرائِهِم، تمنعُ الأمراءُ الحقوقَ، ويسأل الناسُ حقوقَهم فلا يُعطَوْها؛ فيَغشوا ويقتتِلوا، ويتبعُ القراءُ أهواءَ الأمراءِ؛ فيمدونهم في الغيِّ ثم لا يُقصرونَ. فقلتُ: يا جبريلُ ! فبمَ يسلمُ (الأصل : يسألُ) من سلمَ منهمْ؟ قال: بالكفِّ والصبرِ؛ وإنْ أُعطوا الذي لهم أخذوهُ، وإن مُنعوا تركوهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Jibril telah datang menemuiku sebentar tadi, lalu Jibril berkata: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Aku pun berkata: Benar, sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali; Untuk apa wahai Jibril? Jibril menjawab: Sesungguhnya umatmu akan terkena fitnah (bencana) selepas kewafatanmu dalam tempoh yang tidak lama. Aku pun bertanya: Fitnah (bencana) kekufuran atau fitnah (bencana) kesesatan? Jibril menjawab: Semua akan berlaku. Aku berkata: Daripada mana ia berpunca sedangkan aku telah tinggalkan kepada mereka kitab Allah ‘azza wa jalla? Jibril menjawab: Dengan Kitab Allah ‘azza wa jalla mereka boleh tersesat. Pertama sekali ia berlaku berpunca daripada para pemerintah dan para qari (pembaca al-Qur’an) mereka. Para pemimpin tidak memberikan hak-hak sedangkan manusia pula meminta hak-hak mereka tapi mereka tidak diberikan. Mereka pun menimbulkan fitnah (bencana) dan melakukan pembunuhan. Para qari pula menurut kehendak para pemimpin, lalu para penguasa menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan, kemudian mereka tidak tersinggung. Aku pun bertanya: Wahai Jibril! Pada perkara apakah orang yang selamat daripada mereka itu terselamat? Jibril menjawab: Dengan menahan diri dan bersabar, jika mereka diberikan sesuatu yang menjadi hak mereka, maka mereka mengambilnya dan jika tidak diberikan, mereka meninggalkannya.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1354, hadis no. 6909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلحيتي (كذا! ولعل الصواب: بلحيته) - وأنا أعرف الحزن في وجهه -، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون، أتاني جبريل آنفا، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون. فقلت: أجل؛ إنا لله وإنا إليه راجعون، مم ذاك يا جبريل؟! فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير. فقلت: فتنة كفر أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون. فقلت: من أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟! قال: بكتاب الله عز وجل يضلون، فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم، تمنع الأمراء الحقوق، ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطوها؛ فيغشوا ويقتتلوا، ويتبع القراء أهواء الأمراء؛ فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فبم يسلم (الأصل: يسأل) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر؛ إن أعطوا الذي لهم أخذوه، وإن منعوا تركوه. [الفسوي، ((الضعيفة)) 5498]

(Sangat Lemah) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW memegang janggutku (beginilah dan kemungkinan yang betul ialah janggut baginda) - ketika itu aku melihat kesedihan pada wajah Baginda -, lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Jibril telah datang menemuiku sebentar tadi, lalu Jibril berkata: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Aku pun berkata: Benar, sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali; Untuk apa wahai Jibril? Jibril menjawab: Sesungguhnya umatmu akan terkena fitnah (bencana) selepas kewafatanmu dalam tempoh yang tidak lama. Aku pun bertanya: Fitnah (bencana) kekufuran atau fitnah (bencana) kesesatan? Jibril menjawab: Semua akan berlaku. Aku berkata: Daripada mana ia berpunca sedangkan aku telah tinggalkan kepada mereka kitab Allah ‘azza wa jalla? Jibril menjawab: Dengan Kitab Allah ‘azza wa jalla mereka boleh tersesat. Pertama sekali ia berlaku berpunca daripada para pemerintah dan para qari (pembaca al-Qur’an) mereka. Para pemimpin tidak memberikan hak-hak sedangkan manusia pula meminta hak-hak mereka tapi mereka tidak diberikan. Mereka pun menimbulkan fitnah (bencana) dan melakukan pembunuhan. Para qari pula menurut kehendak para pemimpin, lalu para penguasa menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan, kemudian mereka tidak tersinggung. Aku pun bertanya: Wahai Jibril! Pada perkara apakah orang yang selamat daripada mereka itu terselamat? Jibril menjawab: Dengan menahan diri dan bersabar, jika mereka diberikan sesuatu yang menjadi hak mereka, maka mereka mengambilnya dan jika tidak diberikan, mereka meninggalkannya. [Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5498]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.