Daripada “Lawh”, aku telah mendengar Allah dari atas ‘Arash berfirman kepada sesuatu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن اللوح سمعت الله من فوق العرش يقول للشيء: كن< فيكون. فلا تبلغ الكاف النون إلا يكون الذي يكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada “Lawh”, aku telah mendengar Allah dari atas ‘Arash berfirman kepada sesuatu: Jadilah, makan ia pun menjadi. Belum pun sampai kaf kepada nun melainkan ia menjadi apa yang ia jadi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 125, hadis nombor 202. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع بلا شك.

Palsu tidak syak lagi.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.