Daripada kekasaran (tidak sopan): Apabila nama aku disebutkan pada seseorang lalu dia tidak berselawat ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

من الجفاء أن أذكر عند الرجل فلا يصلي علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada kekasaran (tidak sopan): Apabila nama aku disebutkan pada seseorang lalu dia tidak berselawat ke atasku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis nombor 7621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن علي قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: من الجفاء: أن أذكر عند الرجل، فلا يصلي علي. [عب، ((الضعيفة)) (4516)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ali berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Daripada kekasaran (tidak sopan): Apabila nama aku disebutkan pada seseorang lalu dia tidak berselawat ke atasku. [Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4516]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs