Daripada keberkatan wanita adalah dengan mendahulukan anak perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من بركة المرأة تبكيرها بالأنثى، أما سمعت الله تعالى يقول: {يهب لمن يشاء إناثا ويهب لمن يشاء الذكور} [الشورى: 49] ، فبدأ بالإناث قبل الذكور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada keberkatan wanita adalah dengan mendahulukan anak perempuan. Tidakkah kamu mendengar firman Allah: “Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” [al-Syura: 49] Maka Allah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1494, hadis nombor 7619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة بن الأسقع مرفوعاً: من بركة المرأة: تكبيرها بالبنات؛ ألم تسمع الله يقول: "يهب لمن يشاء إناثاً ويهب لمن يشاء الذكور"، فبدأ بالإناث قبل الذكور. [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، خط، ابن عساكر، أبو نعيم في ((جزء الكديمي وغيره))، ((الضعيفة)) (4519)]

(Palsu) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Daripada keberkatan wanita adalah dengan mendahulukan anak perempuan. Tidakkah kamu mendengar firman Allah: “Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” [al-Syura: 49] Maka Allah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn Asakir, Abu Nu’aim dalam Juz al-Kudaimi dan selainnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4519]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs