TEKS BAHASA ARAB
كان إذا غشي أهله فأنزل؛ قال: اللهم! لا تجعل للشيطان فيمارزقتني نصيبا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila dia mendatangi isterinya dan menyetubuhinya dia berdoa: Ya Allah! Jangan jadikan buat syaitan sedikit pun bahagiannya terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku.
STATUS
Lemah dan mawquf
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis nombor 4997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف وموقوف)
عن علقمة عن ابن مسعود – رضي الله عنه – كان إذا غشي أهله فأنزل، قال: اللهم لا تجعل للشيطان فيما رزقتني نصيبا.
[ش، ((الضعيفة)) 6930].
(Lemah dan mawquf)
Daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud RA bahawa apabila dia mendatangi isterinya dan menyetubuhinya dia berdoa: Ya Allah! Jangan jadikan buat syaitan sedikit pun bahagiannya terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6930].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.