Lemah dan mawquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا غَشِيَ أهلَهُ فأنزلَ قال : اللهمَّ لا تجعلْ للشيطانِ فيما رزقتني نصيبًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila dia mendatangi isterinya dan menyetubuhinya dia berdoa: Ya Allah! Jangan jadikan buat syaitan sedikit pun bahagiannya terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah dan mawquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis no. 4997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف وموقوف) عن علقمة عن ابن مسعود – رضي الله عنه – كان إذا غشي أهله فأنزل، قال: اللهم لا تجعل للشيطان فيما رزقتني نصيبا. [ش، ((الضعيفة)) 6930].
(Lemah dan mawquf) Daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud RA bahawa apabila dia mendatangi isterinya dan menyetubuhinya dia berdoa: Ya Allah! Jangan jadikan buat syaitan sedikit pun bahagiannya terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6930].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman