Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: “Aku duduk di sisi Rasulullah SAW lalu Baginda menyebut tentang kesejahteraan dan apa yang Allah sediakan untuk ahlinya daripada ganjaran yang besar sekiranya dia bersyukur"

TEKS BAHASA ARAB

عن أبي الدرداء قال: كنت جالساً بين يدي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فذكر العافية، وماذا أعد الله – لصاحبها من عظيم الثواب إذا هو شكر، ويذكر البلاء وماذا أعد الله لصاحبه من عظيم الثواب إذا هو صبر، فقلت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! لأن أعافى فأشكر، أحب إلي من أن أبتلى فأصبر، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (ورسول الله يحب معك العافية).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: “Aku duduk di sisi Rasulullah SAW lalu Baginda menyebut tentang kesejahteraan dan apa yang Allah sediakan untuk ahlinya daripada ganjaran yang besar sekiranya dia bersyukur. Baginda juga menyebutkan tentang bala (ujian) dan apa yang Allah sediakan untuk ahlinya daripada ganjaran yang besar sekiranya dia bersabar. Aku berkata: "Demi ayahku dan ibuku menjadi penggantimu, wahai Rasulullah! Jika aku diberi kesejahteraan lalu aku bersyukur lebih aku suka berbanding diuji lalu aku sabar." Rasulullah SAW berkata: ((Dan Rasulullah sukakan kesejahteraan bersama kamu.))

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738, hadis nombor 8748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء قال: كنت جالساً بين يدي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فذكر العافية، وماذا أعد الله – لصاحبها من عظيم الثواب إذا هو شكر، ويذكر البلاء وماذا أعد الله لصاحبه من عظيم الثواب إذا هو صبر، فقلت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! لأن أعافى فأشكر، أحب إلي من أن أبتلى فأصبر، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (ورسولُ اللَّهِ يحبُّ معَكَ العافيةَ). [عق، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (3982)].

(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: “Aku duduk di sisi Rasulullah SAW lalu Baginda menyebut tentang kesejahteraan dan apa yang Allah sediakan untuk ahlinya daripada ganjaran yang besar sekiranya dia bersyukur. Baginda juga menyebutkan tentang bala (ujian) dan apa yang Allah sediakan untuk ahlinya daripada ganjaran yang besar sekiranya dia bersabar. Aku berkata: "Demi ayahku dan ibuku menjadi penggantimu, wahai Rasulullah! Jika aku diberi kesejahteraan lalu aku bersyukur lebih aku suka berbanding diuji lalu aku sabar." Rasulullah SAW berkata: ((Dan Rasulullah sukakan kesejahteraan bersama kamu.))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3982].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs