Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: Aku datang kepada Ummu Abdullah anak perempuan kepada Abi Zubab kerana sakitnya

TEKS BAHASA ARAB

ما ابتلى الله عبدا ببلاء وهو على طريقة يكرهها إلا جعل الله ذلك البلاء له كفارة وطهورا، ما لم ينزل ما أصابه من البلاء بغير الله، أو يدعو غير الله في كشفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: Aku datang kepada Ummu Abdullah anak perempuan kepada Abi Zubab kerana sakitnya, dia berkata: Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku telah datang kepada Ummu Salamah mengunjunginya kerana sakitnya. Lalu dia melihat penyakit di tanganku lalu dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang hamba itu tidak akan diuji dengan suatu bala yang tidak disukainya melainkan Allah akan menjadikan bala itu sebagai kaffarah dan pembersihan dosanya selagi mana tidak turunkan (mengadu) apa yang ditimpakan ke atasnya daripada bala kepada selain daripada Allah atau berdoa kepada selain daripada Allah untuk menghilangkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة يحدث قال: دخلت على أم عبد الله ابنة أبي ذباب عائدا لها من شكوى فقالت: يا أبا هريرة إني دخلت على أم سلمة أعودها من شكوى فنظرت إلى قزحة في يدي فقالت: رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ما ابتلى الله عبدا ببلاء وهو على طريقة يكرهها إلا جعل الله ذلك البلاء له كفارة وطهورا، ما لم ينزل ما أصابه من البلاء بغير الله، أو يدعو غير الله في كشفه)). [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (1136)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: Aku datang kepada Ummu Abdullah anak perempuan kepada Abi Zubab kerana sakitnya, dia berkata: Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku telah datang kepada Ummu Salamah bagi mengunjunginya kerana sakitnya. Lalu dia melihat penyakit di tanganku lalu dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Seseorang hamba itu tidak akan diuji dengan suatu bala yang tidak disukainya melainkan Allah akan menjadikan bala itu sebagai kaffarah dan pembersihan dosanya selagi mana tidak turunkan (mengadu) apa yang ditimpakan ke atasnya daripada bala kepada selain daripada Allah atau berdoa kepada selain daripada Allah untuk menghilangkannya.))
[Riwayat Ibn Abi Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1136].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.