Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس في القطرةِ ولا القطْرتَينِ من الدمِ وضوءٌ ؛ إلا أن يكون دمًا سائِلًا.
Teks Bahasa Melayu
Darah setitik atau dua titik tidak perlu berwuduk melainkan darah yang mengalir.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis no. 6148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ليس في القطرة ولا القطرتين من الدم وضوء؛ إلا أن يكون دما سائلا. [قط، ((الضعيفة)) (4386)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Darah setitik atau dua titik tidak perlu berwuduk melainkan darah yang mengalir. [Riwayat al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4386]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman