Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدَّمُ مِقدارُ الدِّرهمِ ، يُغسَلُ ، وتُعادُ منهُ الصَّلاةُ.
Teks Bahasa Melayu
Darah sebesar satu dirham, dibersihkan dan solatnya diulang semula.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis no. 6021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «الدم مقدار الدرهم؛ يغسل وتعاد منه الصلاة». [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (149)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Darah sebesar satu dirham, dibersihkan dan solatnya diulang semula. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad dan Ibnu al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 149].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman