Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدَّمُ مِقْدارُ الدِّرْهَمِ يُغْسَلُ وَتُعادُ مِنْهُ الصَّلاةُ.
Teks Bahasa Melayu
Darah sebesar duit satu dirham perlu dibasuh dan diulangi solat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 37, hadis no. 185. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ungkapan ini seakan-akan daripada kitab al-Quduri dan al-Hidayah juga yang seumpama kedua kitab tersebut dari kalangan kitab-kitab al-Hanafiyyah, golongan yang berpandangan seperti ini. Kebanyakan pentaqlid memalsukan hadith kerana suka untuk menolong mazhab mereka.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman