Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Darah 'Ammar atau dagingnya diharamkan bagi api neraka dari memakannya atau menyentuhnya

Teks Bahasa Arab

دَمُ عمارِ ولحمُه حرامٌ على النارِ أن تأكلَهُ أو تَمَسَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Darah 'Ammar atau dagingnya diharamkan bagi api neraka dari memakannya atau menyentuhnya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis no. 9268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: دم عمار ولحمه حرام على النار أن تأكله أو تمسه. [البزار، ابن عساکر، (الضعيفة) (3604)].

(Lemah) Daripada Ali RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Darah 'Ammar atau dagingnya diharamkan bagi api neraka dari memakannya atau menyentuhnya." [Riwayat al-Bazzar dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3604].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.